Wednesday 26 August 2015

Tunas Kadet Remaja Sekolah

Logo Tunas Kadet Remaja Sekolah


Maksud Logo TKRS
  • PERISAI       bermaksud benteng pertahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

  • BULAN DAN BINTANG         bermaksud agama islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

  • DUA TANGKAI PADI BERSILANG     bermaksud resmi padi iaitu berilmu dan berketerampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

  • BUKU DAN REHAL    bermaksud  peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan,kaum,agama,dan latar belakang ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan falsafah pendidikan negara.

  • WARNA HIJAU  bermaksud alam sekitar yang sihat.

  • WARNA MERAH  bermaksud keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankn negara yang tercinta.

  • WARNA KUNING  bermaksud warna diraja yang menjadi tunggak kedaulatan negara Malaysia.


  • WARNA PUTIH  bermaksud keikhlasan dan kesucian             

Sejarah Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah:
Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur. TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.


Lagu Tunas Kadet Remaja Sekolah:


                                                                Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment